Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, June 4, 2017

Day 1: Osaka, Jepun Musim Luruh (Autumn) 2016 7H6M

Hari pertama di Jepun? Excited! Teruja!πŸ’ƒπŸ’ƒTapi ada small incident yang berlaku. Ceritanya macam ni. Atas flight ada dapat borang untuk diisi. Aku isi je la macam biasa dan mengikut info dari tour guide lah. Sampai di Kansai International Airport, turun flight naik bas ke airport. Then, masa nk cop passport, aku kena soal pasal tempat menginap. Dia tanya aku kat mana tempat tu. Aku pun jawab la mengikut alamat yang tour guide bagi tu. Dia tak puas hati. Dia tanya lagi yang sebenarnya aku ni nak jalan-jalan kat mana. Aku cakap la sekitar Osaka kan. Then, dia dok cakap sendiri dalam Bahasa Jepun sambil pandang2 aku dengan tergelak2.

Lepas tu, tiba-tiba dia angkat dan tunjuk 1 kertas. Ingatkan apa la. Panik jugak aku. Rupanya atas tu tertulis “show me the reservation”. Macam tu la lebih kurang ayatnya. Aku pun tak ingat sangat. Aku pun explain la pada dia yang actually aku ni dah bayar tour guide untuk uruskan semua. So, aku memang takde bukti reservation tu. Dia minta aku call tour guide. Memang tak boleh la nak call sebab tour guide aku tengah on the way dari Seoul, Korea. Dia masih dalam flight time tu. Aku pun tak salahkan dia sebab ada kekeliruan sikit tentang schedule kami gara-gara Airasia tukar flight schedule 3kali kot kalau tak salah aku. Dia ingat kami sampai pada hari esoknya. So, sebab tu dia lama sikit kat Seoul tu. Haha.


Ok, sambung balik pasal pegawai imegresen tadi dengan aku yang tengah terpacak berdiri kat situ disoal siasat. Funny tapi scary, beb! Ye la, kang dia tahan aku tak bagi masuk Jepun, haru!. Kalau dia hantar aku balik Malaysia takpe la. Tapi kalau dia nak tahan aku kat sana, macam mana? Ha, masalah besar tu! Dia tergelak jugak kat aku sebab aku macam blur kan. Tapi last2 dia bagi lepas jugak. Alhamdulillah, baik hati dia. Sempat jugak dia bagi nasihat lain kali kalau travel, mesti kena tahu details tempat menginap. Aku pon ok je lah. Yang peliknya kawan-kawan aku takde la pulak kena soal. Diorang relax je lepas. Mungkin pegawai yang aku kena ni strict kot. Huhu. Entah.

Walaupun hari pertama aku di Jepun bermula dengan insiden macam tu, sikit pun mood aku tak terjejas. Semangat! πŸ˜„ Lepas setel imegresen semua, kami pun duduk la melepak sekejap tunggu tour guide sampai. Niat di hati nak cari makan tapi rasa macam better tunggu je  walaupun ejen dah senaraikan beberapa muslim-friendly restaurant yang certified by Malaysia Halal Consultation and training agency di Kansai International Airport:-



  1. The U-Don
  2. Oragasoba
  3. Sojibo
  4. Hanagoyomi
Actually, berlambak je restoren halal kat situ. Yang aku kongsi ni cuma sebahagian je. Selebihnya tu pandai-pandai la korang google ye. 😁 Tour guide sampai, kitorang pergi install application untuk  free wifi sekejap, then pergi makan di Oragasoba Restaurant. So, our first meal in Japan is hot soba noodles with tempura! πŸ’•









Habis makan kami solat di surau airport. Ada Japanese perempuan terpacak dalam surau tu. Penjaga surau. Haha. Tapi aku tak pasti la pulak sama ada dia Islam ke tidak sebab dari luaran tak nampak macam muslim. Tapi sangat la sopan dan tertib orangnya. Time tu aku dah rasa kagum dengan orang Jepun.

Then, dah solat kami naik subway ke guest house. Sampai guest house tercengang oi. Guest house kami actually apartment tingkat 5 (atas sekali) but no lift! Kau bayangkan lah nak mengangkat beg berat. Haha. Funny but annoying. Terpaksa la panjat jugak pelan2. Tapi puas hati la bilik cantik, selesa dan bersih. Walaupun penat panjat tangga naik atas sekali tapi puas bila tengok view dari rooftop. So, merasa la kan tinggal kat bilik atas rooftop macam dalam drama tu. Haha. Semua kemudahan ada. Washing machine, bilik air yang lengkap dengan sabun dan ubat gigi semua, aircond, microwave, peti ais, dapur, iron. Semua ada lah. Dan yang pling penting ada wifi weh dan boleh bawak modem wifi tu ke mana saja. Tu yang syok tu. Tak payah nk pening cari port wifi dan tak payah nak rent wifi kan. Untung!

Setelah membelek-belek kemudahan kat situ dan bergolek-golek atas tilam dalam bilik ala-ala cerita doraemon tu, kami pun siap-siap la keluar meronda. Dah gelap dah masa tu. Suhu sejuk berangin. Nyaman. Misi malam tu adalah mencari tshirt Hard Rock Cafe, makan dan menikmati keindahan malam di Osaka. Jadi, dari guest house kami pun berjalan ke HRC Osaka.


Dapat la tshirt sehelai yang orang kirim. Harga? Hmmm...



Menarik kan harganya. πŸ˜† Dah capai misi, kami terus cari makan. So, our second meal ialah di Halal Ramen Honolu Restaurant. Dari nama restoren pun dah tau kitorang makan apa kat sana, kan. Haha. Sedap sangat. Highly recommended!


Ini pintu hadapannya.




Memasing lapar menunggu makanan. Maka, habiskan dulu air kosong 2 jag. πŸ˜… Takde la lama pun tunggu makanan tapi maybe sebab banyak berjalan dan cuaca sejuk, tu yang laju je air kosong. Hehe.




Spicy chicken ramen πŸ’• Sedap oi. Takde rasa pedas ternganga ke apa. Ok je. Ayam tu dia roasted tau. Lembut betul.




Chicken Soy Sauce Ramen πŸ‘† Ini pun sedap sangat. Sesuai bagi yang tak makan pedas.




Halal Gyoza 😍 Intinya ialah sayur campur yang dicincang kalau tak salah. Ingat-ingat lupa dah. 😁

Untuk pengetahuan bagi yang tak tahu, ramen di negara luar biasanya ada pork dan alkohol. Jadi, jangan main belasah je, ok? Kalau takde pengesahan halal baik jangan try lah. Tapi yang ini disahkan halal. Diorang ada display sijilnya. Dah habis makan, kami jalan ke Dotonbori yang menjadi simbol kepada Osaka. Meriah betul! Memang bersemut orang kat sana. Sesak.





Kat sini banyak kedai makanan, hiburan dan untuk shopping. Tapi kami takde beli apa pun sebab baru hari pertama. So, tengah excited dengan environment. Baru nak adapt. Haha. Takde rasa nak menyopping lagi. Kami layan je papan-papan tanda menarik yang penuh dengan replika besar seperti sotong, ketam, lembu, ikan dan macam-macam lagi. Kemudian, kami pun berjalan pulang ke apartment. Tamat hari pertama di Osaka.

p/s: Ruginya rasa tak try takoyaki kat Dotonbori yang orang cakap sedap tu. Takkan nak kena repeat trip lagi.. Huhuhu

No comments: